Saturday 27 December 2014

Tahukah anda, kita perlu minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari? Cukup tak ambilan air anda hari ni?
Di sini saya nak share tentang infused water daripada rakan saya Hafez the Great. Secara ringkas, infused water ialah air kosong yang mengandungi potongan buah-buahan atau daun herba yang dibiarkan terendam beberapa jam sebelum diminum. Air ni tak manis kerana tiada gula yang ditambahkan ke dalam air ni. Oleh itu tak perlu risau kandungan kalori yang tinggi.

Klik sini untuk baca artikel penulisan rakan saya tentang Infused Water

Wednesday 17 December 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Hari ini saya nak sentuh tentang Vitamin E yang sangat penting untuk kesihatan kita.

Tapi sebelum itu, ada beberapa soalan yang saya nak utarakan.
  • Adakah kita mengambil Vitamin E dengan cukup setiap hari?
  • Bagaimana kita nak mendapatkan Vitamin E ini?
  • Mengapa kita perlukan Vitamin E ini?

Tubuh kita perlu mengambil Vitamin E sebanyak 400IU sehari untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas. Kita boleh dapatkan dos vitamin E harian daripada
  • 1kg biji gandum,
  • 500ml minyak bunga matahari,
  • 8kg bayam,
  • 500g badam.

Haa.. Adakah kita mampu untuk mengambil makanan tersebut untuk sehari? Laratkah kita nak makan 1kg bayang sehari untuk dapatkan bekalan vitamin E yang cukup?

Caranya senang saja. Buat apa nak susah susah? Makan saja supplemen vitamin E. Saya pakai Vita-E Complex Shaklee. Banyak kelebihannya.
Jemput baca kelebihan dan testimoni pengguna Vita-E Complex Shaklee ni. Lain kali saya akan ceritakan dengan lebih mendalam. :-)







Tuesday 16 December 2014

Alhamdulillah, dah sampai dah benda yang saya tunggu-tunggu.
Terima kasih kepada REKANEKA, flyers saya sudah datang!

Flyers ni penting untuk membantu para pelanggan faham supplemen-supplemen yang Shaklee tawarkan dan juga kombinasi set-set kesihatan.
Selama ni saya bergiat secara online, tapi kali ni saya tambah kaedah offline. Saya nak mulakan operasi offline untuk produk Shaklee. Penduduk Sarikei, nantikan kemunculan saya di pintu rumah anda. Hehehe.

Selepas pergi kenduri kahwin kat area Kabong, kami sempat singgah ke gerai makanan untuk menjamu selera mee goreng Udang.

Seperti yang kita maklum, udang antara makanan yang banyak kandungan koilestrol. Sebab tu saya bawa sekali supplemen Shaklee saya - Lecithin, OmegaGuard dan Garlic Complex.
Maklumlah, umur dah berapa dah... Kena berjaga-jaga sikit. Hehehe ...

Terliur tak?

Licin!

Makan tak toleh kiri kanan.

Pergi ke mana pun saya bawa supplemen Shaklee
OmegaGuard bagus untuk membantu mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat disamping membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Garlic Complex pula membantu menurunkan kolestrol LDL dan lemak dalam darah melindungi jantung, menghalang darah daripada beku dalam sakur darah. Justeru, ia mampu melindungi jantung kita.

Lecithin pula untuk apa? Antara khasiat Lecithin ialah menghalang tekanan darah tinggi, dan sebagai pembersih salur darah yang baik. Sesiapa yang nak kurus, Lecithin membantu percepatkan pembakaran lemak.

Friday 12 December 2014

Apa keistimewaan SR Vita C Plus Shaklee dari produk-produk yang lain ...


Sustained Release Vita-C Plus memang sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam membantu pengguna mendapatkan kulit yang sihat dan menawan.

Supplemen vitamin C daripada Shaklee ni amat berlainan daripada supplemen di luar sana. Setiap tablet SR Vita-C Plus Shaklee mengandungi kandungan vitamin C setara dengan 7.5 buah oren bersama dengan kulit-kulitnya sekali.Ia dipanggil "sustained release" kerana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan kita selama 5 jam.

Banyak pengguna yang dah puas hati dengan SR Vita C Plus. Inilah testimoni-testimoni pengguna. Terbukti berkesan dan selamat!






Salah satu Vitamin yang baik utk kita ialah Vitamin C ... dari mana kita nak mendapatkan vitamin nie ... adakah kita mengambil vitamin C nie secukupnya ...